Categories: HiburanSelebriti

Shila Amzah Dikecam Selepas Perli Penyanyi Popular?

Penyanyi Shila Amzah menjadi sebutan di laman Twitter apabila menyuarakan pandangannya mengenai sebuah program realiti di sebuah stesen televisyen swasta.

Menerusi beberapa tweet yang ditulis, rata-rata menganggap penyanyi yang kini popular di China itu tidak bersetuju dengan komen juri tetap program iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Shila tidak bersetuju dengan komen penyanyi nombor satu negara itu di mana lagu ‘Ddu-du-du’ itu sebenarnya mudah.

Tulisnya di Twitter, “ No it’s not, memang susah…it doesn’t mean lagu takde highnote lagu tu senang *hit you with that du ddu ddu du*

Penggunaan ayat ‘no brainer’ sudah tentu mencetuskan kemarahan para peminat Siti Nurhaliza.

Selepas beberapa jam, Shila telah memohon maaf atas keterlanjuran kata dengan penggunaan ayat yang mengguris hati peminat Siti Nurhaliza selepas melihat komen-komen ‘tajam’ yang ditinggalkan.

Akui Shila, dia tidak berniat untuk mencetuskan perbalahan memandangkan sejak kecil Shila juga meminati pelantun Bukan Cinta Biasa itu.

SGMS Faida