Categories: Oh Lawa

Awas! Produk Kecantikan Yang Mengandungi Bahan Ini Akan Buat Wajah Anda Cepat Tua

Bila berbicara tentang soal kecantikan kulit wajah, pastinya sudah terbayang pelbagai jenis produk dijual di pasaran, sama ada produk untuk putihkan kulit, jerawat, kulit berminyak, kulit lembap, kulit kering dan sebagainya.

Tapi, sejauhmana anda mengetahui bahawa produk tersebut adalah terbaik untuk kulit? Adakah kandungan yang digunakan oleh pengeluar selamat 100% untuk dipakai? Mungkin ada dalam kalangan anda yang ambil mudah tentang perkara ini, asalkan kulit anda cantik.

Tahukah anda, produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan tertentu boleh membuatkan muka anda cepat nampak tua? Menurut pakar, produk kecantikan yang mengandungi alkohol akan merosakkan kulit anda! 

Foto: Pinterest

Sebelum anda membeli sesuatu produk, wajib semak labelnya! Jika ada kandungan alkohol seperti etanol, propanol, metanol atau denatured alcohol, janganlah beli atau pakai produk tersebut.

Bahan ini mungkin bertindak sebagai antiseptik dan pelarut untuk bahan-bahan lain dalam produk kecantikan anda, tetapi ia juga boleh merosakkan kulit dalam jangka masa panjang.

Alkohol boleh buatkan kulit anda menjadi kering

Etanol adalah cecair ringan yang kering lebih cepat daripada air, dan ia digunakan dalam barangan kosmetik sebagai pelarut untuk mempercepatkan kerja pembersihan kulit.

Walaubagaimanapun, ia adalah kuasa penyejatan yang cenderung untuk menghilangkan minyak semula jadi (atau sebum), sekaligus menyebabkan kekeringan.

Alkohol penyebab ketidakseimbangan sebum kulit

Kulit berminyak atau berjerawat mempunyai reaksi segera terhadap kehilangan sebum secara tiba-tiba. Apabila anda memakai produk yang mengandungi bahan alkohol, kulit anda akan menjadi kering, dan kelenjar sebaceous akan menghasilkan lebih banyak minyak. 

Ketidakseimbangan dalam tahap sebum kulit boleh menyebabkan kulit anda kelihatan berminyak, kesat dan kusam. Begitu juga dengan produk penjagaan kulit seperti toner yang mengandungai tahap alkohol sederhana bertindak untuk membersihkan wajah.

Foto: The Body Shop

Bila anda memakai toner tersebut, kulit menjadi tegang serta menjadi kemerahan dan akan melemahkan halangan kulit terhadap jangkitan atau keradangan kulit seperti dermatis dan jerawat.

Sebaiknya, mula saat ini anda perlu menukar ke produk kecantikan yang mengandungi bahan semulajadi iaitu bebas alkohol agar kulit anda sentiasa sihat untuk jangka masa panjang!

Semoga bermanfaat! 

Sumber: Female Network

tex_admin