Categories: HiburanSelebriti

“Pakai Jangan Seksi Sangat Please” – Netizen Kecam Zizi Kirana Kerana Suka Tunjuk Aset

Mungkin lagu Nak Ke Tak Nak sudah melekat kat kepala korang kan? Kalau nak tahu, bukan sahaja lagu yang menjadi perhatian anak-anak remaja sekarang ni, tetapi penyanyi lagu ini juga turut mencuri perhatian kerana dilihat sering memakai pakaian seksi sehingga menunjukkan aset beliau. Betul ke?

Namun bagi Zizi Kirana, beliau bahagia dengan caranya tersendiri. Kerana netizen di luar sana akan tetap memberikan komen negatif terhadap penampilan artis kegemaran mahupun artis yang sering mendapat kontroversi panas. 

” Ada yang pernah bagi cadangan untuk tutup komen di laman sosial tapi pada saya sendiri, tak perlu nak tutup pun orang tetap akan mengata. Saya okay sahaja kalau orang nak mengata. Lepastu kalau dari segi nak suruh berubah tu kena tengok jugalah samada kau ikhlas atau tak kan? Kalau tak ikhlas pun tak guna juga. Sememangnya saya bahagia begini, dengan apa yang saya buat dengan famili saya, malah mak saya puntahu saya macam mana. Dia adalah stalker pertama saya. Setakat ni mak saya tak pernah lagi cakap, Kau janganlah pakai baju macam tu.” Katanya

Di tanya tentang perasaan beliau ketika sering mendapat kecaman, Zizi akui sedikit terkejut namun sudah terbiasa dengan kecaman netizen tentang cara pemaikaiannya itu. Malah, Zizi juga dikhabarkan sering mendapat dan menerima mesej berbaur lucah daripada netizen. 

Salma Syahbuddin