Panas! Pelakon Terkenal Ini Bercinta Dengan Kaum Sejenis?

Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexsual, and Transgender) bukanlah sesuatu isu yang baru di negara kita. Meskipun isu ini agak sensitif, namun masih ada yang terlibat dengan gejala ini.

Baru-baru ini sahaja, timbul pula kontroversi mengenai seorang pelakon terkenal yang dikatakan menjalinkan hubungan sejenis dengan pengurusnya yang berperwatakan seperti lelaki. Wow! Agaknya siapalah gerangan pelakon tu??

Namun, pelakon wanita yang berusia 32 tahun itu mendakwa, individu tersebut hanyalah pengurusnya. Dan, hubungannya bersama pengurusnya itu tidak lebih daripada seorang pengurus dan artis jagaan sahaja. Walaupun dikatakan sudah lama mempunyai hubungan songsang, pelakon ini juga pernah dikaitkan dengan isu sama beberapa kali sebelum ini.

Walau bagaimanapun, terdapat sumber lain mengatakan pelakon terkenal ini baru sahaja mempunyai teman lelaki. Dan, hubungan cinta mereka ini dikatakan mula berputik setelah kedua-duanya digandingkan dalam penggambaran drama baru mereka. 

Sebagai seorang selebriti, adalah tidak baik menunjukkan contoh yang negatif kepada masyarakat terutamanya kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni mereka. Justeru itu, kami berharap artis ini akan berubah dan lebih berhati-hati dengan setiap tindakan yang bakal diambilnya kelak.

Ms OO