Peguam Nasihat Buat Surat Perjanjian Sebelum Bagi Pinjam Duit – “Bab Duit Nanti Boleh Jadi Gaduh”

Peguam perundangan dan pempengaruh, Tatty Hassan berpesan kepada masyarakat untuk membuat surat perjanjian hitam putih sebelum memberi pinjaman wang kepada kawan-kawan mahupun ahli keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram Story dan Twitter miliknya, isu pinjam dan pulangan wang boleh membuatkan hubungan seseorang menjadi renggang.

“Kawan-kawan atau keluarga nak pinjam duit 4 5 6 angka, buat lah perjanjian mesra pinjaman ya. Walaupun rapat macam mana pun. Bab duit nanti boleh jadi gaduh,” tulisnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh peguam tersebut.

“Allah menyuruh kita supaya membuat rekod atau perjanjian ketika membuat hutang.

“Setuju. Bila ada perjanjian, senang di kemudian hari terutama sekali bila berlaku pertikaian.

Maya Basir