Pelakon Elvina Mohamad Sah Bergelar Isteri Datuk Haniff Borhan

Selamat Pengantin Baru kami ucapkan buat pelakon Elvina Mohamad yang sah bergelar isteri kepada Datuk Mohd Haniff Borhan, sebentar tadi.

Akhirnya, perkenalan selama dua tahun dimeterai dengan ikatan perkahwinan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Pasangan ini dinikahkan pada jam 3.26 tadi oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Mohd Radhi Abdul Ghani dengan disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak.

Pelakon jelita ini menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan mas kahwin sebanyak RM 700.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 jemputan merangkumi keluarga, kenalan rapat pengantin dan media.

Majlis resepsi Elvina dan Haniff akan diadakan di lokasi sama, Sabtu depan.

 

SGMS Faida