5 Petua Atasi Anda Yang Tidur Berdengkur

Masalah berdengkur memang susah nak dirawat. Lagi lagi kalau partner atau suami kita yang menagalaminya. Ini sinonim dengan orang lelaki dan zaman sekarang wanita dan kanak-kanak juga alaminya. Masalah berdengkur ini sebenarnya boleh membuatkan kita berasa letih apabila bangun pada keesokan hari selain dari menyebabkan terganggunya emosi pasangan kerana bunyi yang kuat 

Dr Ezairy M.Sallih berkongsi tips di laman Facebooknya.


1. Berat badan dan senaman

Berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko lemak yang boleh menolak pada tekak dan memburukkan lagi masalah berdengkur. Memulakan program penurunan berat badan dan senaman dapat mengurangkan dengkuran dalam banyak individu.

2. Tukar posisi

Tidur di sebelah sisi boleh menghalang lidah daripada jatuh ke belakang dan menyekat tekak semasa tidur. Bantal boleh digunakan untuk mengelakkan anda berguling kembali ke belakang semasa tidur. Boleh cuba di rumah.

3. Berhenti merokok

Merokok menyebabkan kesesakan nafas dan hidung yang membawa kepada masalah berdengkur yang lebih teruk . Berhenti merokok boleh membantu untuk mengurangkan berdengkur dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

4. Mengatasi masalah hidung

Jika anda mengalami masalah hidung seperti resdung, polip dan sebagainya. Dapatkan rawatan yang sewajarnya. Nasihat dan pemeriksaan doktor adalah lebih baik.

5. Kenalpasti alahan

Masalah hidung yang disebabkan oleh alahan adalah punca biasa yang dialami oleh mereka berdengkur. Ujian untuk alahan boleh membantu anda untuk mengenal pasti dan mengurangkan alergen yang berpotensi dalam persekitaran tidur anda (seperti tempat tidur, debu, bulu haiwan peliharaan, dan sebagainya) dan seterusnya mengurangkan dengkuran.

SGMS Enal