Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 16, 2023 @ 3:27pm

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada pemenjaraan selama 33 tahun, ke atas seorang bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an, Sabi’ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along Spoon.

Menurut laporan Berita Harian, pindaan hukuman itu berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkapan tertuduh, Mohamed Ya’cob Demyati, 57, pada 4 Januari 2000.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada hari kedua persidangan selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023, membuat keputusan pindaan itu secara sebulat suara.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah; serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pada prosiding hari ini, Mohamed Ya’acob ialah antara 12 individu yang terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan memindanya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.

Bagaimanapun, bekas anggota polis itu terlepas hukuman sebatan atas faktor usia 50 tahun dan ke atas.

Sebelum ini, Mohamed Ya’cob dikenakan hukuman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Pada 2 November 2010, lelaki itu dilaporkan kekal dikenakan hukuman gantung atas kesalahan membunuh setelah rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Zaki Azmi, memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa keterangan ikut keadaan yang disandarkan pendakwa raya adalah kukuh untuk mensabitkan perayu atas tuduhan membunuh.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya’acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.

Along Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Isu Jual Topi Tiruan, Fariz Isqandar Ambil Iktibar – “Perniagaan Lebih Berkat, Hati Rasa Lapang”

Fariz Isqandar syukur Allah jentik hati, jauh dari tamak dalam berniaga

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

小S被爆接演「道明寺家的女人」经纪人证实了!

中国版《流星花园》准备开拍,由偶像剧教母柴智屏重掌制作人,是否会找来前作的F4、大S回归,受到各界好奇!最新消息爆出,道明寺的妈妈或姐姐会是走红两岸的小S!

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Elisya Sandha Mampu Berdiri Sendiri

Patutlah sekarang ni asyik tengok muka Elisya je kat TV kan?

Hiburan Sun, 20 May 2018

Nazim Othman Solat Istikharah Sebelum Ambil Keputusan Bercerai

Perceraian bukanlah suatu perkara yang mudah. Lama juga masa yang diambil oleh Nazim Othman dan bekas isteri Bella Dally untuk berbincang dari hati ke hati berhubung keputusan untuk bercerai baru-baru ini.

Events Wed, 23 Jan 2019
Trending Wed, 8 Aug 2018

Foto-Foto Anak Kim Kardashian Ini Akan Buat Anda Kata ‘Awww!’

Comel betul anak-anak wanita yang penuh glamour ini!

Featured Fri, 13 Jun 2025

“Saya Rasa Siapa Yang Pernah Mandikan Jenazah Akan Takut Dengan Kehidupan Di Dunia Ni” – Elfira Loy

Elfira menyeru orang ramai untuk mencari peluang dan belajar memandikan jenazah.

error: Content is protected !!