Peminat Usik Buat Hashtag #LisaPURiz, Gelagat Neelofa Cemburu Buat Netizen Geli Hati – “Suka Hati Kau Je Nak….”

Gelagat pengacara dan usahawan Neelofa yang cemburu ketika diusik oleh peminat sewaktu membuat sesi siaran langsung bersama Mariam Mukhtar di TikTok, baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di platform itu, Neelofa terkejut apabila salah seorang peminatnya tampil membuat tanda pagar menggunakan nama suaminya, Haris Ismail.

“Ada sorang ni dia buat #LisaPURiz #PURizLisa. Suka hati kau je nak hashtag suami aku. Berani dia buat depan-depan tak berani tunjuk muka.

“Nasib dia letak gambar kartun, kalau kita dapat screenshot muka dia, kita cari sampai dapat. Berani dia hashtag laki aku,” katanya.

Lebih mencuit hati, Neelofa turut mengintai profil TikTok individu tersebut dan menyedari bahawa dia merupakan seorang lelaki.

Menyedari perkara itu, sesi live tersebut sekali gus mengundang tawa dalam kalangan rata-rata peminatnya.

“Entah-entah bukan perempuan ni, tah-tah lelaki. Eh muka dia lelaki Kak Mar. Astaghfirullahalazim. Terkejut saya,” katanya.

@lofa.world aduih buat hal eh😂 (gurau² je tu😂) #Neelofa #FYP #fypシ #DrintoxNilofa #InnaiNunha ♬ original sound – lofa.world

Dalam perkembangan terbaharu, Haris kini sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah selama seminggu.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories kelmarin, bekas pengacara Nona itu menghantar suaminya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Gelagat pengacara dan usahawan Neelofa yang cemburu ketika diusik oleh peminat sewaktu membuat sesi siaran langsung bersama Mariam Mukhtar di TikTok, baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di platform itu, Neelofa terkejut apabila salah seorang peminatnya tampil membuat tanda pagar menggunakan nama suaminya, Haris Ismail.

“Ada sorang ni dia buat #LisaPURiz #PURizLisa. Suka hati kau je nak hashtag suami aku. Berani dia buat depan-depan tak berani tunjuk muka.

“Nasib dia letak gambar kartun, kalau kita dapat screenshot muka dia, kita cari sampai dapat. Berani dia hashtag laki aku,” katanya.

Lebih mencuit hati, Neelofa turut mengintai profil TikTok individu tersebut dan menyedari bahawa dia merupakan seorang lelaki.

Menyedari perkara itu, sesi live tersebut sekali gus mengundang tawa dalam kalangan rata-rata peminatnya.

“Entah-entah bukan perempuan ni, tah-tah lelaki. Eh muka dia lelaki Kak Mar. Astaghfirullahalazim. Terkejut saya,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Haris kini sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah selama seminggu.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories kelmarin, bekas pengacara Nona itu menghantar suaminya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Fatin Nurain