Penampilan Baru Fouziah Ghous Dapat Pujian Netizen

Cantik! Selepas pulang tanah suci dari Makkah pada Sabtu lalu, pelakon Fouziah Gous dilihat ayu mengenakan hijab.

Menerusi laman Instagram pelakon drama ini, Fouziah memuatnaik sekeping gambar dengan bertanyakan soalan sama ada dia sesuai mengenakan tudung bawal atau sebaliknya.

Dalam masa sama, menerusi laman Instagram suaminya, @zhafyusof pula, sekeping gambar memperlihatkan penampilan Fouziah dengan hijab.

Rata-rata peminat memuji kecantikan Fouziah selepas mengenakan hijab di ruangan komen Instagram tersebut.

Fouziah dan suami, Zhafran Yusof berangkat ke tanah suci Makkah pada 16 Ogos lalu dan selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu.

Bagaimanapun, sehingga kini Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous belum memberi sebarang kenyataan mengenai penampilan tersebut.

Malah, di laman sosial miliknya juga tiada sebarang foto terbaharu mengenai imejnya yang dimuat naik.

 

SGMS Faida