Penampilan Jelita Zizie Izette Curi Perhatian, Tapi Netizen Komen: “Udah Terlepas Tudungnya”

Penampilan terbaharu pelakon berbakat, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mencuri perhatian warganet.

Menerusi kemas kini Instagram jurusolek terkemuka, Datin Saidatulnisa Aminuddin yang berkongsi wajah Zizie, netizen memuji kejelitaan Aktres Terbaik Anugerah Skrin 2001 itu.

“The ever stunning DS Zizie Izette. Thank you. Attire by @rizmanruzaini,” tulis keterangan di ruangan kapsyen.

Zizie anggun mengenakan busana rona hitam hasil rekaan duo fesyen terkenal, Rizman Ruzaini serta wajahnya dirias anggun oleh Saidatul Nisa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan cantik isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Namun begitu, ada juga segelintir warganet menegur penampilan Zizie yang mengenakan topi sehingga menyerlahkan rambutnya.

Zizie berkahwin dengan Bung pada Disember 2009 dan dikurniakan tiga orang anak, Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izette dan Aalisa Belle Izette.

Selain itu, pasangan ini juga menjaga dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.

Padin