Pencarian Juara Lagu ke 33 Diteruskan

Muzik Muzik merupakan rancangan carta muzik televisyen paling lama bertapak di Malaysia, sudah tentu ia ditunggu-tunggu oleh semua. Betul tak?

Untuk musim terbaharu ini, Muzik-Muzik bakal menyajikan informasi lebih hangat dunia hiburan serta pencarian lagu-lagu terbaik sepanjang tahun.

Rasanya korang sendiri pun mesti dah tak sabar kan nak tengok lagu mana yang berjaya bergelar Juara Lagu untuk tahun ke 33 ini!

Persembahan pada petang ini turut dihiburkan oleh penyanyi Ara Johari, Ariff Bahran, Projector Band dan RyanDeedatfeatSandra dan Zarul Husin.

Showcase Muzik Muzik ke 33 pula merupakan episod khas yang akan disiarkan pada setiap hujung bulan.

Menyiarkan lima sesi rakaman, dua episod bakal dirakam pada 14 dan 15 April manakala disiarkan pada 30 April dan 28 Mei 2018.

Rakaman showcase Muzik Muzik ke 33 ini akan disambung pada bulan Julai, Ogos dan September.

Rakaman pertama pada 14 April nanti bakal dihoskan oleh penyampai radio popular, Haziq
Hussni dan hos jemputan, Nana Mahazan. Manakala padan15 April pula, penonton akan menggandingkan pengacara Sherry Al Hadad dan hos jemputan, Fizie daripada Hot FM.

Menariknya, rakaman showcase akan dilakukan di tempat-tempat awam bagi mendekatkan lagi Muzik Muzik bersama para peminat dan khalayak ramai.

Untuk musim terbaharu ini, terdapat beberapa segmen terbaharu musim ini. Antaranya, Apa Cerita?, #coverlaguMM33, Lepak Jap, Spotlight, Eksklusif dan lain-lain.

Bagi segmen #coverlaguMM33 iaitu pertandingan di laman sosial program ini, pemenang akan berpeluang untuk beramah mesra dengan penyanyi asal di showcase tersebut. Wow, best ni!

Untuk musim terbaharu ini juga, carta Muzik-Muzik merangkumi kedudukan lagu-lagu dari tangga 20-11, 10-4, 3-1 juga Carta Prebiu dan Lagu Terkeluar.

Program carta muzik popular ini bakal diketuai oleh Nurul Huda Hj Khalid sebagai Penerbit Eksekutif dan Hamsiah Biri sebagai Penerbit. Teruskan menonton program showcase Muzik Muzik ke 33 ini yang menjanjikan lagu-lagu lebih segar dan mantap!

SGMS Faida