Categories: Featured

Lelaki Ini Beri Hair Makeover Kepada Patung Barbie Guna Gaya Rambut Manusia!

Ada suatu kepuasan yang tak dapat dijelaskan apabila anda melihat hasil daripada sesebuah makeover yang menjadi.

Yang biasa kita tengok ialah makeover untuk rumah atau manusia, tapi artis Rafinha Silva dari Brazil ini memilih patung Barbie sebagai subjek eksperimennya.

Hasil transformasi ini dipanggil The Royal Dolls dan nama ini memang kena dengan rupa baru patung-patung tersebut. Cuba tengok sendiri dalam video ini.

Makeupnya nampak glamorous, rambutnya lebat dan beralun, fuhhh… Gorgeous!

Rafinha mendapat inspirasi untuk projek ini daripada pelbagai variasi yang boleh didapati dalam gaya fesyen dan rambut wanita. Pilihannya tak terkira, katanya.

“Hasil kerja saya mencerminkan wanita sebenar. Mereka boleh jadi sesiapa saja mereka mahu, pada bila-bila masa dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Lelaki ini mula bereksperimen dengan patung Barbie pada tahun 2013. Pada mulanya, dia ingin mengubah rupa patungnya kepada rupa penyanyi Amy Winehouse. Kemudian dia mendapat idea untuk membuat patung yang custom-made untuk dijual online.

Makeover Rafinha tertumpu kepada bahagian rambut, dan untuk kebanyakan projeknya, dia akan potong rambut lama patung itu dan gantikannya dengan yang baru, samada rambut manusia mahupun benang sintetik.

Rambut patung yang baru ini lebih mudah dipintal dan digayakan. Rafinha juga mewarnakannya dengan cara yang sama macam manusia mewarnakan rambut mereka!

Hasil penggayaan rambut patungnya termasuklah rambut lurus beralun, kerinting halus, serta dandanan berwarna terang. Wah, kalah rambut orang.

Bukan senang tau. Oleh kerana saiz patung Barbie itu kecil, Rafinha terpaksa mencipta peralatan gaya rambut sendiri. Dalam video step-by-step ini, cuba tengok hair curler yang dipakai tu. Kecilnya!

Anda mungkin terkejut; Rafinha mahir dalam menggayakan rambut patung, tapi dia tak pernah langsung menggayakan rambut manusia.

Selain mengubah gaya rambut, Rafinha juga kadang-kadang mengubah stail makeup patung itu. Dia mulakan dengan memadamkan makeup yang sedia ada dan melukis sendiri mata, bulu mata serta warna bibir patung mengikut citarasanya. Ini memang betul-betul makeover!

Dia paling gemar melukis bulu mata patung itu, dan kalau anda tengok betul-betul, hasil kerjanya memang teliti dan detailed.

Klik gambar seterusnya untuk tengok perbezaan before and after.

Menakjubkan, kan? Makeupnya lebih moden, dan rambutnya lebih natural, macam dia baru saja keluar dari salun.

Rafinha juga menyediakan pakaian khas untuk patung-patungnya serta menerima tempahan daripada pelanggan. Setiap makeover selalunya mengambil masa 16 hari untuk siap.

Walaupun kerjanya nampak sukar, anda boleh lihat yang Rafinha memberi 100% dedikasi dan usaha. Memang jelas yang dia betul-betul mencintai kerjanya.

Sumber: InsiderMane AddictsInstagram The Royal Dolls

Ad Ops