Pengulas Fesyen Ini Dikutuk Netizen, Kritik Tetamu Berat Lebih 60kg Hadir Fashion Show

Siapa yang tidak kenal dengan Zaihani Mohd Zain, pengkritik dan pengulas fesyen tempatan ini akhirnya menyuarakan ketidakpuasan hati beliau terhadap tetamu yang berbadan besar yang hadir ke acara pertunjukkan fesyen. 

Pandangan peribadi Zaihani itu bagaimanapun dianggap sebagai kurang bertamadun kerana ianya mengundang rasa kurang senang dikalangan masyarakat dan pereka fesyen tempatan.

 

Menerusi muat naik dilaman sosial Facebook beliau, Zaihani menganggap mereka yang bertubuh badan besar dan mempunyai berat lebih 60kg diklasifikasikan sebagai tidak layak menghadiri mana-mana pertunjukkan fesyen.

“Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payahlah datang, sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak. It’s so awkard and uncomfortable for the persons seated next to you!!” Jelasnya

Zaihani juga dilantik sebagai ketua untuk menjaga konsep dan kreativiti dalam sebuah rancangan realiti TV pencarian bakat pereka fesyen tempatan.

Salma Syahbuddin