Categories: HiburanSelebriti

Pentas Macam Pelamin Kahwin, Sufian Suhaimi Nafi Sindir Sesiapa

Gara-gara menggunakan props pelamin indah di persembahan Anugerah Juara Lagu 2018 yang berlangsung malam tadi, penyanyi Sufian Suhaimi dikatakan memerli seseorang.

Orang yang dimaksudkan itu adalah pelakon yang merupakan bekas tunangnya, Elfira Loy.

Namun begitu, pelantun Di Matamu ini, dia tidak berniat memalukan sesiapa dengan persembahan malam tadi.

“ Saya tidak mengambil kesempatan daripada kisah yang berlaku sebelum ini sebaliknya memberi penghayatan mendalam terhadap lagu dinyanyikan.

“ Props yang digunakan menzahirkan penceritaan kesedihan lagu itu. Saya tidak berniat perli sesiapa sebaliknya teruja sehingga ada yang menitiskan air mata dengan persembahan itu,” kataya kepada pihak media.

Ditanya pula tentang tweet yang dimuatnaik oleh Elfira malam tadi, Sufian berterima kasih atas doa berkenaan.

“ Terima kasih atas doa… Maaf andai kata mengguris mana-mana pihak. Saya juga diberitahu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memuji persembahan saya. Saya memilih untuk hanya memberi perhatian kepada perkara positif sahaja,” katanya.

Netizen dikejutkan dengan ucapan doa daripada bekas tunang, Elfira Loy yang memuatnaik status di Twitter mendokan agar Sufian berjaya di AJL 33, malam tadi.

Sufian dan Elfira pernah bertunang pada Oktober 2017 namun hubungan mereka putus pada Februari 2018.

Sufian tampil dengan lagu Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen selepas itu yang mana lirik lagu itu dikatakan berkait dengan kisah cinta mereka sebelum ini.

SGMS Faida