Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 5, 2023 @ 1:17pm

“Penyebab Perbalahan Adalah Berpunca…” – Kisah Perceraian & Hutang Suami Baru BCL Terbongkar?

Suami baru kepada penyanyi popular Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Tiko Aryawardhana mencuri tumpuan orang ramai sehingga latar belakang dan kisah silamnya diperiksa.

Didakwa, media dari Indonesia dan netizen berjaya membongkarkan kisah perceraiannya dengan bekas isteri, Arina Winarto gara-gara masalah pembayaran nafkah.

Menerusi laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia, talak yang dilafazkan Tiko sekitar tahun 2021 itu didakwa berpunca daripada tiada persefahaman dan kerap berlaku perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan.

“Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.

“Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.

“Pemohon dan isteri juga tidak lagi merasakan keharmonisan selain tidak pernah sama sekali menerima sokongan moral daripada Arina,” menurut laporan tersebut.

Tiko dan Arina berkahwin pada 26 Jun 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Pada 2 Disember lalu, Tiko menamatkan zaman duda bersama BCL di sebuah majlis tertutup di hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

Paling mencuri perhatian, keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair termasuk ibu bapa, Aishah Sinclair, Adam Sinclair dan Yuna turut hadir ke majlis pernikahan tersebut.

Untuk rekod, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan pada 2008 itu, pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Noah Aidan, 12.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 30 Jun 2022

“Mereka Ada Hak Untuk…” – Sering Dikritik Imej Seksi, Nora Danish Tampil Beri Respons!

Nora anggap imejnya tidak seksi sebagaimana yang didakwa netizen 😊

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

Pesan Yung Raja Dalam ‘Mad Blessings’

“Stay Blessed” telah menjadi satu cogan kata media sosial yang lapuk seketika tapi kini, Yung Raja, telah menghidupkan mantera yang memberi erti bersyukur dan dirahmati.

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Iqram Dinzly Kembali Normal

Iqram Dinzly sudah kembali normal seperti manusia biasa setelah dilanda pelbagai kontroversi ke atas dirinya.

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Shah Radhi Bakal Buka Pub?

Kalau tiada aral, bisnes itu akan bermula dalam tempoh terdekat.

error: Content is protected !!