‘Perbicaraan 14 Januari, Tiba-Tiba…’- Diana Danielle Bengang Suami Kena Waran Tangkap?

Susulan berita Datuk Farid Kamil Zahari yang menerima waran tangkap kerana gagal menghadiri prosiding perbicaraan hari keempat dalam kes yang dihadapi, isterinya Datin Diana Danielle tampil membuat kenyataan.

Menerusi laman Instagram Diana, dia menyifatkan tindakan ini adalah tidak adil terhadap suaminya.

“ Perbicaraan kes telah ditetapkan pada 14 Januari. Tiba-tiba hari ini disuruh datang ke mahkamah tanpa beri tarikh awal-awal dan panggil kita secara random.

“ Suami saya bukan berada di Kuala Lumpur sekarang, rasa logik ke cara nak panggil orang ke mahkamah secara mengejut,” soalnya.

Lebih mengecewakan Diana, suaminya turut dikenakan waran tangkap atas permintaan yang dianggap tidak logik ini.

“ Bila orang tak dapat nak datang kerana tidak diberitahu langsung ada perbicaraan, terus nak bagi waran tangkap? Ini tidak adil. Ini salah guna kuasa,” luahnya

Terdahulu, pada 25 Januari 2018, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistreet di sini kerana menggunakan dadah THC yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4:30 petang, 11 Januari tahun lalu.

SGMS Faida