Perencah Istimewa Dalam Nasi Lemak, Noor Khiriah Kembang Tekak

Kasihan Noorkhiriah  apabila seleranya terbantut selepas termakan nasi lemak bersambalkan lipas. Pelakon yang terkenal sebagai  Aishah, wataknya di dalam drama bersiri Nur merasakan rasa kesalnya apabila nasi lemak bungkus yang dibelinya di sebuah stesen minyak mengandungi ‘perencah istimewa’ di dalam sambalnya. 

 

“Sambalipas gileeer…tak pernah terfikir akan terjadi pada akak…sedap-sedap makan…sekali sambal bersambalkan lipas…tolonglah jaga kebersihan..bagi orang muntah kot…Muntah Weh!” luah Khiriah dalam laman instagramnya. 

 

Terkenang makan sambal lipas ke kak??

Adoiii…ni mesti masa dah masak sambal banyak-banyak, tukang masak tak perasan lipas dah jatuh dalam sambal masa tunggu sambal sejuk sikit. Jangankan Khiriah, rasanya semua orang akan kembang tekak kalau terbayang makan nasi berulamkan lipas. Errkkkkkkkk

Del14