‘Bukan Mudah Sebenarnya…’- Kenapa Tu Mimi Lana?

Pelakon Mimi Lana antara yang kerap menghiasi kaca televisyen dalam drama-drama popular masa kini.

Dengan jadual kerja yang padat, pelakon berusia 23 tahun ini mengambil keputusan bercuti selama sebulan dari melakukan sebarang aktiviti seni.

“Lega rasanya dapat bekerja selepas sebulan bercuti dari berlakon.

“Jadi pelakon perlu bawa tanggungjawab yang ramai tidak nampak. Saya kagum dengan para pelakon yang terus bekerja tanpa cuti. Bukan mudah sebenarnya,” tulisnya di Instagram.

Akui pelakon tinggi lampai ini, dia memuji para pelakon yang mempunyai komitmen dengan berlakon dalam enam ke tujuh watak dalam setahun.

“Macam mana nak cari jalan pulang tu. Tambah tambah yang jenis bagi 100% dalam semua projek. Memang menarik tetapi menakutkan.

“Memang penghormatan untuk para pelakon di seluruh dunia,” puji Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Roziana Zainal Abidin.

Sebelum ini, Mimi pernah dikenali menerusi drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni dan banyak lagi.

SGMS Faida