“Pergi Kelab Malam Boleh Pula?” – Rakan Serumah Dedah Pelakon Tak Bayar Sewa

Seorang pelakon bertubuh sasa yang meningkat naik didakwa tidak memberi kerjasama untuk membayar sewa rumah setiap bulan.

Memetik laporan Boom, hal tersebut didedahkan oleh rakan serumahnya yang kesal dengan sikap pelakon tersebut dimana sudah beberapa bulan menangguh bayaran sewa rumah.

“Sudah tiga bulan dia tak bayar sewa tepat pada waktunya. Ada sekali tu tak bayar langsung. Bila dia kejap bayar kejap tak, kami yang terpaksa dahulukan duit untuk tampung sewa serumah.

“Kalau sesekali tu boleh lah tolong. Tapi bila dah berulang kali, siapa boleh tahan?” jelasnya.

Menurut rakannya lagi, sejak kebelakangan ini, pelakon tersebut menerima banyak tawaran berlakon dan sering menghabiskan waktu di kelab malam.

“Bahkan, sejak seminggu dua ni dia kerap pergi kelab malam. Boleh kata setiap hari. Takkan bayar duit sewa bilik tak mampu?” ujarnya geram.

Dikhabarkan, bayaran sewa kediaman jenis kondominium mewah agak besar jumlahnya dan hanya ditanggung oleh dua rakan serumahnya yang mempunyai pekerjaan yang biasa.

Sumber: Boom

Maya Basir