Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 31, 2024 @ 7:25pm

[VIDEO] Perkongsian Ibu Neelofa Cetus Tanda Tanya, Buat Ramai Berteka-Teki – “Ada Wedding Ke?” 

Perkongsian ibu kepada selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mencuri perhatian warganet baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Noor Kartini memuat naik sebuah video yang memaparkan dia mencuci sebuah rumah.

Dalam video berdurasi 50 saat itu, memaparkan Noor Kartini dan ahli keluarga lain bergotong royong mengemas di dalam dan luar rumah tersebut.

Turut kelihatan adalah kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.

“Gotong royong bersihkan rumah. Kalau nak tahu untuk apa kena tunggu,” tulis Noor Kartini di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut turut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya berteka-teki dengan beranggapan keluarga tersebut bakal membuat sebuah majlis.

Apa yang menjadi perhatian, ada juga yang mendakwa Noor Nabila dan aktor, Sharnaaz Ahmad akan melangsungkan pernikahan semula.

Noor Neelofa

Lebih menarik, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tidak ketinggalan dengan meninggalkan komen pada perkongsian itu.

“Boleh teka tak? Buat rumah makan Nabila,” komen Siti.

Terdahulu, Noor Nabila dan Sharnaaz memuat naik momen manis mereka menghadiri sebuah majlis di sekolah anak lelaki kesayangan, Jebat Jayden.

Noor Neelofa

Untuk info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Namun, membuat keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Featured Sat, 10 May 2025

Syafiq Yusof Ajak Sokong Filem Tempatan, Warganet Komen: “Banyak Movie Lokal Bulan Mei Ni”

Menurut segelintir netizen, tayangan pada tarikh yang sama adalah tidak logik.

Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩

Hiburan Wed, 23 Jul 2025

“Jangan Cakap Macam Tak Ada Akal!” – Netizen Tuduh Gagal Jadi Pramugari, Anak Kak KM Tempelak

Anak Kak KM bidas netizen tuduhan tak berasas berhenti pramugari sebab gagal

Trending Sat, 2 Jun 2018

Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Nasib Tak Baik, Peminat Tegar England Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Hiburan Sun, 15 Sep 2019

Sakinah Marah Dipanggil Cacat!

Marah betul ni…

error: Content is protected !!