Pernah Dilabel ‘Kayu’, Rusdi Ramli Kongsi Pesanan Buat BBNU

“ Saya pernah dibaling skrip sehingga terkena muka gara-gara pengarah tidak puas hati dengan lakonan saya,” kata pelakon senior Rusdi Ramli menceritakan pengalaman di awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

Kata pelakon berusia 48 tahun itu, dia tidak pernah patah semangat malah mengambil insiden itu sebagai pengajaran sekaligus meningkatkan mutu lakonan.

“ Tidak semua pelakon dikurniakan pakej lengkap, namun setiap anak seni perlu berusaha untuk memperbaiki kekurangan dalam diri mereka.

“Kalau hendak bercakap mengenai kayu, saya juga pernah bermula dengan gelaran sebegitu. Malah, pernah berlaku insiden pengarah membaling skrip ke monitor gara gara tidak puas hati dengan lakonan saya,” katanya kepada BH Online.

Tambah Rusdi, sebagai seorang pelakon dia tidak boleh menyandang gelaran pelakon kayu selama-lamanya dan perlu berusaha mempertingkatkan kemampuan diri.

“ Beruntung bagi pelakon yang mempunyai pakej dikira lengkap, ia satu bonus buat mereka. Bagaimanapun, tidak semua orang dikurniakan kelebihan berkenaan.

“Justeru, andai ada peluang untuk kita memperbaiki mutu lakonan, gunakanlah ia dengan sebaiknya. Seperti kata pepatah, usaha itu tangga kejayaan,” katanya.

Pelakon yang kini turut bergiat aktif dalam bidang pengarahan itu juga mengakui, senario dunia lakonan dahulu dan sekarang jauh berbeza.

SGMS Fas