Hiburan By: Maya Basir October 9, 2023 @ 5:57pm

Pernah Terima Komen ‘Pedas’ Juri, Sissy Imann Dapat Rasai Kekecewaan Azharina – “Tak Semua Orang Faham Bila Kita…”

Penyanyi Sissy Imann dapat merasakan perasaan kecewa penyanyi Azharina yang menyertai program nyanyian dan menerima komen kurang negatif.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sissy memberitahu pernah melalui perkara yang sama dan sedih apabila tidak dapat memberikan persembahan sehabis baik.

“I do not know what happened exactly di GV semalam tapi ternampak video tadi. Bila Kak Nina (Azharina) nangis, i could connect to her immediately. Ini lah yang orang tak tahu sebenarnya.

“Tak semua orang faham bila kita nampak sedih selepas perform is not so much on apa yang dikomen. Tetapi sebab rasa sedih dan kecewakan guru-guru kita yang kadang bersengkang mata bantu kita supaya kita tampilkan sehabis baik. Kita jadi hiba atas kekhilafan diri kita di atas pentas,” ujar Sissy.

Memetik laporan Media Hiburan, Azharina memberitahu ada menghubungi guru-guru yang mengajar kerana rasa seperti telah menghampakan harapan mereka.

“Saya ada rasa bersalah dan saya menghubungi guru-guru saya menangis, saya rasa hiba sebab saya sudah tak mampu untuk membahagiakan mereka.

“Saya minta maaf kerana kekhilafan saya tak dapat memberikan yang terbaik. Itu yang saya sedihkan yang lain (komen-komen) tidak,” kata Azharina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Menurut Sissy, setiap penyanyi mempunyai cara yang berbeza-beza dalam mempersembahkan nyanyian mereka.

Malah, dia menyatakan rasa bangga dengan usaha yang telah diberikan Azharina.

“Pastinya pendapat juri perlu dihormati tetapi segala yang berlaku di atas pentas bukanlah semberono.

“Sebagai performer, setiap tindakan kita di atas pentas lagi-lagi when it comes to competition macam ni, pastinya datang dengan prep work yang teliti.

“After all we have to know, music adalah sangat subjective. Interpretasi setiap performer adalah berbeza. Pendapat orang yang mendengar juga berbeza-beza. I am sure that you’ve done your level best kak Azharina. Mad respect,” tulisnya.

Terdahulu, Sissy pernah menangis gara-gara komen ‘pedas’ daripada juri Mas Idayu semasa memasuki program Famili Duo musim kedua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Dec 2017

PEOPLE ARE UPSET WITH THIS PICTURE OF BOOKS BEING STEPPED ON

In Asian cultures, we respect books and putting them under our feet is considered insulting.

Trending Sun, 2 Jun 2019

Sempat ‘Rakam’ Fenomena Ribut Petir Ini Di Kota Kinabalu

Cantiknya tapi menakutkan bila tahu ribut petir

Drama Fri, 30 Jun 2023
Featured Wed, 16 Mar 2022
Trending Fri, 24 Jul 2020
Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Fri, 3 Nov 2023

“Rasa Azab Juga, Dulu 9 Bulan Boleh Nyanyi Kat Club Lagi…” – Berbeza Hamil Anak Perempuan, Tom Cepat Penat & Mengantuk

Fuh tapi Tom walaupun dah 6 bulan mengandung tetap aktif atas pentas Famili Duo 3 kan!

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Muzik Video ‘Mencuba’ Sufian Suhaimi Trending Di Youtube!

Kepada yang sedang #mencuba dalam apa jua perkara, stay strong. I wish you all the best. Everything is gonna be alright!