Perniagaan Lebih Menguntungkan, Zulin Aziz Tinggalkan Dunia Lakonan?

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengakui mahu beri sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan berbanding lakonan.

Memetik laporan Boom, dia sudah mula jatuh cinta dengan dunia perniagaan yang memberikan pulangan lebih lumayan.

Menurutnya Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, dia belum ada niat untuk berhenti daripada dunia lakonan.

“Saya tak nafikan pendapatan dari bidang perniagaan lebih menguntungkan berbanding dunia lakonan.

“Namun bukan bererti saya mahu tinggalkan terus bidang lakonan. Mungkin wajah saya akan kurang muncul di kaca TV kerana sibuk menguruskan perniagaan.

“Banyak tawaran yang terpaksa saya tolak,” katanya.

Tambah Zulin, dia tidak menafikan pendapatan yang diperoleh lebih banyak diterima melalui ‘review’ di media sosial lebih tinggi berbanding berlakon.

“Ya, saya tak nafikan perkara itu. Pendapatan untuk buat satu review saja kadang-kadang melebihi bayaran untuk sebuah telemovie.

“Sebab itulah saya kini memilih naskhah yang betul-betul bagus dan bersesuaian,” ujarnya.

Sumber: Boom

Maya Basir