Oh La La…Pertama Kali Dengar Terus Jatuh Chinta!

Gandingan dua penyanyi hebat menerusi single berjudul Chinta semestinya mengubat kerinduan peminat terhadap mereka.

Single terbaharu nyanyian Monoloque dan NJWA ini sebenarnya sudah disiapkan pada tahun 2014 namun hanya sempat dirakam pada tahun ini.

“ Pertama kali dengar memang saya terus jatuh cinta. Waktu itu saya berada di New York ketika Loque memberitahu mahu bekerjasama. 

“Saya terus terima kerana memang meminati muzik tradisional sejak dulu. Lagu Chinta pula menampilkan elemen dan sentuhan muzik gamelan Melayu,” katanya.

NJWA juga percaya irama tradisional dengan iringan muzik gamelan Melayu ini tidak lapuk dek zaman seterusnya dibawa ke peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, NJWA akan mengadakan konsert jelajah di empat lokasi berbeza Tokyo, Jepun bermula 2 November ini.

“Saya akan berada di sana selama dua minggu. Selain lagu Inggeris, saya akan menyampaikan lagu Melayu termasuk lagu Chinta pada konsert itu nanti,” katanya- Harian Metro.

 

SGMS Faida