FESYEN By: Attiqah Mohd July 10, 2019 @ 12:00pm

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Buat korang pencinta fesyen mewah, ni memang berita baik untuk korang!

Buat julung kalinya, jenama fesyen terkemuka Louis Vuitton mengadakan pameran  Time Capsule di Kuala Lumpur bermula 7 Julai sehingga  28 julai ini. 

Terokai Sejarah Asal Penciptaan Jenama Mewah Louis Vuitton

Bermula dari sejarah bagaimana jenama mewah Louis Vuitton tercipta dari tahun 1854 sehingga kepada inovasi dan evolusi fesyen mewah ini. Kalau korang nak tahu, jenama Louis Vuitton sendiri sudah berusia lebih dari 160 tahun dan keunggulan reka cipta barangan mewah ini pastinya akan membuatkan korang terpukau. 

Pameran yang diberi nama Time Capsule ini akan membawa korang menerokai sejarah penciptaan asal jenama beg dan bagasi mewah ini menerusi garis masa dan menumpukan kepada empat aspek penting iaitu kunci kod, penggembaraan seluruh dunia, keanggunan dalam pergerakan, Louis Vuitton dan dunia seni. 

Ini Sebab Kenapa Korang Wajib Lawat Time Capsule

Bila korang melawat ke Time Capsule, korang akan dibawa untuk melihat sendiri penyediaan hasil seni dan kehalusan pembuatan beg berjenama ini. Yang paling menarik, artisan Louis Vuitton ini dibawa dari Perancis untuk menunjukkan sendiri kepada korang cara pembuatan seperti jahitan, pemilihan kulit untuk menghasilkan sebuah beg LV yang esklusif lagi terhad!

 

Korang boleh nilai sendiri dari segi kualiti, kehalusan, kriteria dan warna kulit yang digunakan. Bukan calang-calang tau kualiti kulit yang dipilih, kulit lembu yang special seperti kulit Epi, Taiga, Utah.

Lepas korang dah tengok sendiri cara pembuatan asal beg berjenama mewah ini, korang akan dibawa ke sebuah bilik yang mempamerkan garis masa penting sejarah bermulanya jenama Louis Vuitton. 

Yang paling menarik, terdapat koleksi arkib yang tulen seperti beg dari zaman dahulu kala, pameran bagasi dan beg terawal yang direka oleh Louis Vuitton, keunikan dan fungsi setiap bagasi Louis Vuitton seperti car trunk, roof trunk dan Driver’s bag,wardrobe trunk dan cabin trunk. 

Kolaborasi Unik Louis Vuitton Bersama Artis Terkemuka 

Louis Vuitton turut mempamerkan keanggunan estetika dan keunikan jenama mewah ini dengan menjalinkan kolaborasi bersama artis kontemporari terkemuka seperti Stephen Sprouse, Takashi Murakami, Richard Prince dan Yayai Kusama. Kolaborasi ini menghasilkan ciptaan ikonik serasi dengan jenama mewah yang ditonjolkan oleh Louis Vuittin. 

Kolaborasi antara Louis Vuitton dan Jeff Koons juga menghasilkan ciptaan dan penghasilan semula karya da Vinci,Titian, Rubens, Van Gough, Monet dan Manet. 

Hayati Dunia Visual Dan Kreatif Melalui Magic Malle

Pengembaraan korang ke Time Capsule akan sampai ke destinasi terakhir iaitu di ruang tengah bilik. Di Magic Malle, membolehkan pengunjung menghayati pengembaraan dunia visual dan kreatif Louis Vuitton. Kat sini korang boleh tengok revolusi perubahan jenama mewah ini dengan visual grafik yang sangat memukau!

Jom Kunjungi Time Capsule Di Esplanade, KLCC

Pameran Time Capsule dibuka di Esplanade KLCC dan dibuka kepada orang awam mulai 7 Julai sehingga 28 Julai. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Jun 2023

Bakal Dinikahkan Malam Ini, Ibu Shuib Dedah Watie Mirip Arwah Siti Sarah

Wahh semoga dipermudahkan segala urusan Shuib & Watie

Featured Wed, 2 Feb 2022

“Tidak Ada Istilah Payung Emas Atau ‘Free Gift’, Ia Hadis Palsu” – Ini Jawapan Dr Zulkifli Bila Wanita Tolak Poligami

Isu poligami ni memang panas eyh? sepanas hati perempuan bila suami nak kahwin lagi…

Trending Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Black Hat Cat Diteraju Rapper Terkenal Bakal Martabat Muzik Urban, Cayalah!

Penggunaan nama BHC sebagai jenama label muzik urban ini ternyata ada maksud disebaliknya. Menurut Alif ia bukan hanya sekadar nama, ‘Black Hat Cat’ adalah watak atau persona yang melambangkan kebolehsesuaian rumah muzik ini dalam menongkah evolusi muzik tanpa henti. Terbaiklah!

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Bella Dally Kini Sah Jadi Milik Arif Izuddin

Tahniah Bella & Arif, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah!

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Mon, 13 Nov 2017

WEDDING DRESS YUNA?

Beberapa hari lepas penyanyi tinggi lampai yang selalu mencipta fenomena ini telah memuat naik status di twitter nya sebagai “baru sahaja membeli fabrik untuk baju perkahwinan saya.”

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Catriona Ross Diburu Anak Ikan?

Peminat mesti pandai menilai antara realiti dan fantasi