Categories: HiburanSelebriti

Pesanan Ringkas Dari Shahrnaaz Sempena Hari Wanita Sedunia

Rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus menjadi tanda tanya netizen apabila masing-masing dilihat memuat naik status luahan hati di media sosial.

Nampaknya, status terbaru Sharnaaz sempena dengan Hari Wanita Sedunia sekali lagi mencetuskan persoalan dan spekulasi. Nota pesanan ringkas itu ditujukan kepada umum terutamanya buat kaum wanita dan lelaki khususnya yang menjalani alam rumah tangga.

Menerusi nota yang ditinggalkan, pelakon itu memuji kaum wanita sememangnya insan yang sangat hebat. Nota itu turut mengingatkan kaum hawa supaya menghormati ketua keluarga serta lelaki dan wanita saling memerlukan di dunia ini

Sehingga kini kami juga tidak pasti apa masalah sebenar melanda rumah tangga Sharnaaz dan isteri. Apa pun diharap semuanya dapat diselesaikan secara baik. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

SGMS Enal