Featured By: Maya Basir December 1, 2022 @ 11:40pm

Pihak Produksi Hanya Bayar Separuh, Ibu Wafariena Ambil Tindakan Undang-Undang

Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzanah Hamad memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak produksi yang dilihat bersikap lepas tangan selepas kejadian kemalangan yang menimpa anaknya.

Memetik laporan Harian Metro, pihaknya mahu menuntut bayaran penuh untuk kerja lakonan Wafariena seperti yang telah termaktub dalam perjanjian.

“Sebelum ini, kami biar Pilihan Raya Umum (PRU) selesai terlebih dulu memandangkan peguam pun ada terbabit sama dalam PRU.

“Jadi, selepas semuanya reda, kami akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang kami ingin tuntut adalah, bayaran yang belum dilunaskan lagi. Sebelum ini, mereka (produksi) beritahu, akan bayar penuh,” katanya.

Menurut Suzanah, Wafariena hanya menerima separuh sahaja daripada jumlah bayaran sebenar.

“Bayaran yang diterima pun hanyalah separuh, yang mana, dibayar ketika Wafa (panggilan Wafariena) masuk ke set itu. Tapi, sampai sekarang, kami belum terima bayaran penuh,” jelasnya.

Susulan perkara itu, penerbit yang sebelum ini bersikap ambil berat juga mula melepaskan tangan dengan memberi pelbagai alasan.

“Sebelum ini, mereka tak ada masalah dalam bekerjasama. Penerbit pun memang orang yang baik. Tapi, selepas insiden ini berlaku, ada saja alasan daripada pihak mereka setiap kali kami hubungi untuk bertanya mengenai bayaran.

“Antara alasannya adalah, berada di luar negara. Pihak kami faham, mungkin penerbit itu terbabit dalam urusan berkaitan PRU, namun, apa sekalipun, prosedur pembayaran perlulah mengikut perjanjian yang sepatutnya.

“Terakhir, mereka maklumkan akan hubungi pihak kami pada Rabu (semalam). Namun, sampai ke hari ini, masih tak ada sebarang khabar berita,” katanya.

Terkini, keadaan Wafariena semakin pulih dan sudah kembali bekerja.

“Keadaan Wafa, alhamdulillah, semakin baik. Dia pun kini sudah mula bekerja semula, namun, tak boleh kerja-kerja yang terlalu lasak.

“Terbaharu, dia akan terbabit dalam pementasan teater berjudul Pontianak Kampung Makam yang akan dipentaskan di Pulau Pinang pada 3 Disember ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Wafariena terlibat dalam kemalangan semasa membuat aksi lagak ngeri sehingga berlaku kecederaan dalaman iaitu tisu di bahagian punggung, koyak di bahagian perut dan berlaku pendarahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 15 Jan 2019

Musim Perayaan Ini Lebih ONG Dengan CJ WOW Shop!

Wow kan rumah anda dengan WOW Your Home!

Featured Fri, 20 Mar 2020

Basuh tangan atau sapu cecair pembasmi kuman?

Apa-apa pun, utamakan kebersihan!

Hiburan Thu, 30 May 2019

Mad August破本地中文乐坛规则!每月推一首新歌

Mad August打破宣传主打歌的传统方式,决定把全新专辑的每首歌曲派台,并以每月一曲形式推出!

Trending Mon, 3 Aug 2020
Trending Wed, 21 Oct 2020
Hiburan Fri, 10 Nov 2023

Individu Dakwa Bubblebee Tak Carum KWSP Pekerja & Lambat Bayar Gaji? – “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Allahu betul ke ni? Kesian para pekerja tu 😔 Harap pihak Bubblebee boleh beri penjelasan..

Acara Tue, 12 Apr 2022

“Sebelum Body Shaming Orang, Cermin Diri Sendiri Dulu” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong memberikan reaksi terhadap isu body shaming yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Chacha, meskipun memiliki masalah berat badan dan pernah menjadi mangsa body shaming, Chacha bersyukur masih ada lagi yang […]

Hiburan Sun, 21 Jul 2019