“Pihak Yang Tak Terbabit, Jangan Masuk Campur!” – Aaron Aziz

“Cakap dekat dia, jangan masuk campur”.

Demikian reaksi pelakon Datuk Aaron Aziz susulan ciapan pelakon Sharnaaz Ahmad yang mengulas mengenai filem The Original Gangster.

Aaron menegaskan agar pihak tak terlibat untuk tidak masuk campur dan berikan sebarang kenyataan.

“Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan.

“Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz ada membuat satu ciapan di Twitter susulan konflik yang melibatkan Syamsul dan Aaron.

Menurut ciapan Sharnaaz, mereka pelakon profesional dan tidak akan menarik diri daripada membintangi filem The Original Gangster hanya disebabkan konflik.

ARTIKEL BERKAITAN: ”Sharnaaz Ahmad Takkan Tarik Diri Dari Filem Original Gangster – “Kami Sokong & Hormat Syamsul Yusof Sebagai Pengarah”

Bulan lalu hangat isu antara Syamsul dan hero filem itu mengenai pengguguran Aaron daripada senarai pelakon filem The Original Gangster.

Lebih panas, Syamsul turut mendedahkan punca sebenar nama Aaron digugurkan seperti pihak produksi tidak yakin dengan kondisi kesihatan Aaron.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Dedah Punca Nama Aaron Aziz Digugurkan, Terkilan Isu Diperbesar – “Inikah Aaron Yang Aku Kenal Selama Ini?”

Sejak daripada itu, hubungan kedua-dua pelakon ini semakin dingin sehingga ke hari ini.

Filem The Original Gangster diterbitkan oleh Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Sumber: Utusan Malaysia

Khairil Khusyairi