Pilih Sesuatu Ikut Keupayaan & Minat, Syamira Nazir Ingin Fokus Dalam Kerjaya

Pengacara Syamira Nazir yang mula mencari tapak dalam dunia seni menceburi sesuatu bidang mengikut keupayaan dan minat.

Biarpun tidak muncul sebagai seorang pelakon di kaca televisyen, Syamira yang merupakan finalis Dewi Remaja 2019 memberitahu dia lebih fokus dalam bidang pengacaraan kerana lebih tahu keupayaan dirinya.

“Sejujurnya saya ada menerima job lakonan tetapi seperti yang kita tahu, kita tak boleh buat semua benda.

“Jadi kita perlu tahu minat kita dekat mana dan passion kita arah mana supaya kita dapat gunakan kemampuan kita itu dekat tempat yang sebetulnya.

“Lakonan boleh, saya minat tetapi perlu kena belajar dari awal. Mugkin saya perlu masuk kelas, perlu berguru, kita tak boleh kata kita tahu semua.

“Jadi saya rasa minat saya lebih kearah bercakap iaitu lebih kepada pengacaraan.” katanya kepada XTRA.

Syamira ditemui XTRA ketika majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 yang bertempat di Bayswater at KLCC, semalam.

Syamira juga memberitahu selain menjadi pengacara untuk rancangan program di sebuah stesen televisyen dia juga sedang menyiapkan diri untuk menjadi seorang pembaca berita.

“Insya-Allah, sekarang ni saya tengah dalam persiapan untuk menjadi pembaca berita.

“Di televisyen mana, siaran mana nanti saya akan beritahu sebab buat masa ini saya perlu rahsiakan dulu, jadi saya tengah sibuk dengan persiapan dan training.” katanya lagi.

Halimey Zamal