Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Pelakon Emma Maembong berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memberi kejutan kepada suaminya, Muhammad Shazli Azhar serta ahli keluarga dan rakan-rakan.

Di dalam video tersebut, Emma meminta Shazli seakan-akan membuat video untuk review produk sebelum mengetahui kit ujian kehamilan yang berada di dalam kotak itu.

Selain itu, ahli keluarga dan rakannya ada yang menangis kegembiraan mendengar berita berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan selebriti seperti Zizan Razak, Mira Filzah, Alvin Chong turut gembira dan mengucapkan tahniah diatas kehamilan keduanya itu.

“Kenapa pula aku yang ikut nangis, congrats Emma!

“Syukur tahniah. Seronok tengok ukhwah.

“Tahniah Emma Maembong. Semoga Allah SWT mudahkan urusannya dan sihat keduanya. Tumpang happy for you,” komen netizen.

Untuk rekod, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata, Shariq Gabriel yang kini berusia hampir empat tahun.

Maya Basir