Program Hip Terbaik Bakal Temui Penonton Pada 5 Mac Ini!

Bermula 5 Mac 2018, ntv7 bakal tampil dengan saluran hiburan yang baharu yang bakal menampilkan selebriti terkemuka menerusi program-program hot nya. Penonton juga bakal menyaksikan rancangan talk show seperti Feel Good Show bermula seawal jam 8 pagi sehingga 10 pagi. 

Kepada penonton yang sukakan gosip dan ingin mengetahui perkembangan terkini artis tanah air, Pop! TV dan Pop! Express bakal menyajikan anda selama 60 minit dengan pelbagai isu mengenai dunia hiburan tempatan mahupun antarabangsa.

Dan, buat pertama kalinya Aliff Satar akan mengendalikan program talkshow beliau sendiri iaitu It’s Aliff yang bakal menemui penonton pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam. Manakala, satu lagi rancangan baru terbitan ntv7 yang bakal mengetengahkan isu-isu keluarga, perhubungan antara pasangan, dan membongkar segala isu mengenai perspektif lelaki dan wanita bakal disajikan dalam program Kata Serasi yang di hoskan oleh Naz Rahman dan Diana Danielle.

Sesuai dengan pengenalan barunya, ntv7 juga turut membawakan drama-drama menarik dari Turki seperti New Bride yang akan mula ditayangkan pada Mac ini dan Brave bakal menemui penonton ntv7 pada Mei nanti. Manakala, drama tempatan seperti Nafas gandingan mantap pelakon Erwin Dawson dan Kilafairy juga bakal menemui peminatnya di kaca tv pada Mei.

Turut menghiburkan penonton melalui rangkaian program ntv7 ialah rancangan realiti muzikal terbaru seperti Drop The Beat dan I Can See Your Voice Malaysia. 

Kepada penonton yang terlepas mengikuti rancangan-rancangan menarik di ntv7, anda boleh menyaksikan program hebat ini menerusi portal video rasmi kami hanya di tonton.com.my  

Salma Syahbuddin