Konsert Bruno Mars Kongsi Tarikh Dengan PRU-14

Alamak, jatuh pada hari yang sama nampaknya! Penganjur konsert Bruno Mars Live in KL, PR Worldwide akan membuat pengumuman sekiranya ada perubahan pada tarikh konsert berkenaan.

Ia adalah susulan tarikh Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang jatuh pada hari yang sama dengan konsert itu, iaitu 9 Mei.

Konsert itu dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mars dijangka akan terlebih dahulu mengadakan konsert pada 6 dan 7 Mei di Singapura sebelum membuat pementasan di Kuala Lumpur.

Kesemua 12,000 tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual.

SGMS Faida