“Puteri Sarah Permaisuri Hati Syamsul, Perkahwinan Direstui Keluarga Sepenuhnya” – Luahan Hati Patimah, Netizen Minta Ira Kazar Undur Diri

Baru-baru ini, heboh di serata media sosial mengenai dakwaan pengarah tersohor, Syamsul Yusof telah berkahwin dengan Ira Kazar, iaitu anak kepada aktor veteran Kazar Saisi.

Ia ekoran beberapa perkongsian dimuat naik oleh isteri Syamsul, pelakon jelita Puteri Sarah Liyana yang menerima mesej peribadi daripada ramai pihak mengatakan suaminya itu telah bernikah lain.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Penyondol’ Mengaku Ada Hubungan Dengan Suami Sehari Sebelum Bersalin Anak Ke-2, Individu Lain Pula Dakwa Mereka Dah Kahwin

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Penyondol’ Mengaku Ada Hubungan Dengan Suami Sehari Sebelum Bersalin Anak Ke-2, Individu Lain Pula Dakwa Mereka Dah Kahwin

Terbaharu, perkongsian Datin Patimah Ismail, iaitu ibu Syamsul di Instagram miliknya mencuri perhatian yang terharu melihat sokongan terhadap menantunya itu.

“Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya. Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai Permaisuri hatinya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata,” katanya.

Di ruangan komen, luahan hati ibu Syamsul itu seakan menafikan spekulasi Syamsul telah berkahwin dengan Ira Kazar kerana disyaki tidak mendapat restu daripada keluarga.

Begitupun, berdasarkan Instagram Story Patimah seakan mengatakan anak-anak Syamsul kurang kasih sayang kerana diganggu oleh individu kejam yang cuba memisahkan mereka.

“Mereka memerlukan sokongan ayah yang akan membela nasib mereka… Namun ada tangan kejam yang cuba memisahkan mereka,” tulisnya.

Aqilah Paharuzi