Rai Ulang Tahun Perkahwinan Kedua, Hazama Titip Pesanan Sweet Buat Isteri

Penyanyi Hazama menyambut ulang tahun perkahwinan kedua bersama isterinya, Genervie Kam, semalam.

Menerusi laman Instagram, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Azmi berterima kasih atas segala pengorbanan yang dicurahkan oleh isteri terhadapnya.

“Selamat ulang tahun yang ke-2 sayang, terima kasih sebab jaga saya dengan baik, love you sayangku,” tulisnya ringkas.

Sebilangan besar pengikut Hazama mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka berdua.

Hazama dan Genervie Kam sah bergelar suami isteri pada pada 15 Januari 2017. Mereka diijab kabul dalam majlis sederhana yang berlangsung di Orchid Villa, Gombak.

SGMS Faida