Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 2, 2022 @ 7:49pm

“Raja Syahiran Mengidam Nasi Kandar, Coconut Shake, Roti Canai Di Kedah” – Kandungan Uyaina Arshad Kini Memasuki Trimester Kedua

Pasangan selebriti Uyaina Arshad, 29, dan Raja Syahiran, 28, berkongsi berita gembira mereka bakal bergelar ibu dan bapa.

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, kandungannya sudah memasuki trimester kedua.

“Alhamdulillah, kandungan sudah memasuki trimester kedua. Semuanya dipermudahkan. Saya mengalami alahan seperi muntah-muntah pada trimester pertama dan syukur, saya sudah tidak mengalaminya sekarang.

“Kami sendiri tak sangka yang tak lama lagi kami bakal bergelar ibu dan bapa. Kami memohon doa orang ramai agar urusan kehamilan dan bersalin nanti dipermudahkan, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Dalam pada itu, Uyaina turut mendedahkan suaminya ‘mengidam’ beberapa jenis makanan.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya dipermudahkan. Saya juga tak ada rasa mengidam untuk menjamah mana-mana makanan.

“Tapi, Syahiran pula yang mengidam beberapa jenis menu. Dia teringin nak makan nasi kandar dan air ‘coconut shake’. Dia juga teringin nak makan roti canai Pak Ajis di Kedah.

“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat kami. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Tarikh 21.12.21, Uyaina Arshad Selamat Bernikah Dengan Raja Syahiran

Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Syahiran atau nama sebenarnya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, pada 21 Disember tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Tue, 6 Feb 2024
Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Sat, 29 Nov 2025

Rasa Zaman Dah Berlalu, Aliff Syukri Tumpang Rezeki Anak – “Dulu Saya Teringin Jadi Artis, Tapi Sekarang…”

Tercalon dalam kategori Ekstra! Seller Terpaling Popular ABPBH 37 bersama Ammar Ahyan, Datuk Seri Aliff Syukri merasakan dirinya sekadar tumpang populariti anak.

Featured Sun, 16 Apr 2023

Anna Jobling Perjelas Isu Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu – “Saya Perlukan Hari Untuk Settle Lesen Lepas Raya Nanti!”

Pelakon Anna Jobling mengaku sebelum ini dia membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam atas dasar mahu memiliki komitmen bulanan agar lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangannya walaupun masih tidak memiliki lesen memandu. Namun, itu tidak […]

error: Content is protected !!