Rakan Tak Sangka Hugh Grant Bakal Kahwin

Siapa sangka, pada usia 57 tahun pelakon Hugh Grant akhirnya menamatkan zaman bujang!

Ini merupakan perkahwinan kali pertama beliau ya dan tiada seorang rakan Hugh menyangka hari bersejarah ini akan menjelma.

Beliau bakal mengahwini kekasihnya Anna Eberstein, 39, yang mana notis perkahwinan disiarkan di pejabat pendaftaran Dewan Perbandaran Chelsea berhampiran rumah pasangan itu di Notting Hill.

“Beliau akan menjadi pesara tidak lama lagi dan akhirnya berkahwin,” The Sun memetik sumber sebagai berkata.

Perkahwinan dijangka diadakan dalam masa beberapa minggu lagi.

Grant dan Eberstein sudah mempunyai tiga anak. Grant juga mempunyai dua anak dengan bekas kekasihnya, Tinglan Hong selain hubungan cinta lama dengan aktres Elizabeth Hurley.

Aktor kelahiran Britain itu menjadi aktivis menyokong hak peribadi terkemuka selepas telefonnya diceroboh oleh wartawan Mirror Group dan menerima pampasan jutaan dolar awal tahun ini.

Sumber: Agensi

SGMS Faida