Hiburan By: SGMS Faida May 21, 2018 @ 4:23pm

Rakan Tak Sangka Hugh Grant Bakal Kahwin

Siapa sangka, pada usia 57 tahun pelakon Hugh Grant akhirnya menamatkan zaman bujang!

Ini merupakan perkahwinan kali pertama beliau ya dan tiada seorang rakan Hugh menyangka hari bersejarah ini akan menjelma.

Beliau bakal mengahwini kekasihnya Anna Eberstein, 39, yang mana notis perkahwinan disiarkan di pejabat pendaftaran Dewan Perbandaran Chelsea berhampiran rumah pasangan itu di Notting Hill.

“Beliau akan menjadi pesara tidak lama lagi dan akhirnya berkahwin,” The Sun memetik sumber sebagai berkata.

Perkahwinan dijangka diadakan dalam masa beberapa minggu lagi.

Grant dan Eberstein sudah mempunyai tiga anak. Grant juga mempunyai dua anak dengan bekas kekasihnya, Tinglan Hong selain hubungan cinta lama dengan aktres Elizabeth Hurley.

Aktor kelahiran Britain itu menjadi aktivis menyokong hak peribadi terkemuka selepas telefonnya diceroboh oleh wartawan Mirror Group dan menerima pampasan jutaan dolar awal tahun ini.

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Penjelasan yang cukup baik. Bagi semua orang faham…Kudos Khairul Aming!💪💪💪

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Events Wed, 25 Jul 2018

A Pink Will Be Making a Stop in Kuala Lumpur in Asia Tour

The girls will be returning to the city for another night of fun.

Featured Fri, 21 Jan 2022
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

One Republic Live In Malaysia, Peminat Berpeluang Beraksi Di Atas Pentas Mereka?

Berita baik buat peminat Kumpulan One Republic! Sempena konsert One Republic Live in Malaysia pada 25 April nanti, Pihak WGW Entertainment telah menganjurkan satu pertandingan nyanyian bagi mencari bakat baharu. Dan, pertandingan ini bakal dirasmikan […]