Ramai Terkejut Lofa Boleh Menari!

Nampaknya Neelofa sekali lagi mencuri perhatian pada malam kemuncak anugerah berprestij yang dianjurkan pada malam tadi. Siapa sangka, Lofa bukan sahaja bijak dalam menguruskan karier seni, perniagaan, malah turut dipuji kerana pandai menari sehingga dilabel sebagai Beyonce Malaysia oleh netizen.

Lofa tampak begitu bersemangat ketika membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Single Lady dari Beyonce dan sekali lagi mencuri perhatian penonton yang hadir dengan tarian dari lagu Kill This Love dari Blackpink.

Haa, macam mana power ke tak Lofa menari?

Dan, keterujaan peminat melihat Lofa menari pada malam anugerah tersebut turut dikongsi menerusi laman sosial twitter dan instagram miliknya.

Wah, nampaknya lepasni Lofa boleh menyanyi pula kan, siapa tahu?

Apapun, ramai yang menganggap pelakon, dan usahawan ini memang serba boleh!

Tahniah Lofa!

Salma Syahbuddin