“Rambut Saya Adalah Segala-Galanya!” – Mimi Lana Menangis Terpaksa Potong Rambut Gara-Gara…

Pelakon cantik, Mimi Lana mendedahkan pernah menangis hampir setiap hari selama seminggu apabila rambutnya terpaksa dipotong demi menjayakan sesebuah watak.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Mimi mengakui rambutnya merupakan anggota paling penting namun terpaksa akur kerana watak filem yang akan dilakonkannya memerlukan beliau rambutnya pendek.

“Rambut saya adalah segala-galanya! Untuk potong rambut saya sependek ini bukan lah satu benda yang indah buat perempuan macam saya.

“Tapi atas tuntutan watak untuk filem saya akan datang, saya terpaksa juga potong. Sebab karakter yang saya bawak memang tidak sesuai berambut panjang,” katanya.

Menurut Mimi, dia mengakui seakan hilang semua benda kerana perlu memotong rambutnya namun, dia akur dan menerima penampilannya barunya itu dengan hati yang terbuka.

Selain itu, pelakon filem Pusaka ini turut menjawab tanggapan netizen yang mengatakan imej baru rambutnya itu berpunca kerana dirinya putus cinta.

“Kepada semua yang selalu tanya saya, kenapa? Tak suka lah rambut macam ni, sampai ada pernah cakap saya depression, putus cinta lah macam-macam lagi… Bukan sebab itu ya.

“Ia adalah kerana tuntutan kerja. Makin lama saya berlakon, sebenarnya makin banyak cabaran yang datang. Kamu bukan sahaja korbankan jiwa tapi fizikal juga!

“Tapi saya sangat cintakan kerjaya ini. Saya harap saya menang Oscar satu hari nanti. Tidak tidak. Saya hanya bergurau. Yer tu je lah nak kongsi. Sayang awak,” ujarnya.

Meninjau diruangan komen, rakan-rakan artis seperti Nur Fazura, Sharifah Amani, Dynas Mokhtar serta pengikutnya memberi kata-kata semangat bahawa dia tetap kelihatan cantik tidak kira berambut panjang atau pendek.

Maya Basir