“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan akhirnya tampil memberikan komen mengenai isu yang sedang tular membabitkan suaminya dan juga anak kepada pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Memetik laporan Harian Metro, Misya mengesahkan sendiri mengenai perkahwinan yang berlangsung di Songkhla, Thailand itu adalah benar.

Bagaimanapun, dia enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara itu.

“No comment. Rasanya lebih baik bertanya kepada mereka, maafkan saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

ARTIKEL BERKAITAN:”Sedap Orang Maki Hamun” – Akaun TikTok Palsu Pakai Nama Anak, Abby Abadi Mohon Netizen Jaga Tutur Kata

Terdahulu, berita perkahwinan Marissa menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen, malah pelbagai pihak tampil memberikan pengesahan berkaitan status hubungannya dengan Aslam termasuklah kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan.

Bukan itu sahaja, tindakan berdiam diri daripada pihak keluarga termasuklah Marissa dan Aslam membuatkan warganet bertindak menyerang platform media sosial mereka.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Doa Orang Ramai – “Saya Tak Update Sebab Tak Ada Idea”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan – “Saya Tengah Nak Mengarang Ni”

ARTIKEL BERKAITAN:Marissa & Aslam Kahwin 17 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

ARTIKEL BERKAITAN:Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

 

Sumber: Harian Metro, Gempak

Salma Syahbuddin