Rawat Hati Terluka, Selena Pindah Keluar Dari LA?

Kisah bekas kekasihnya iaitu penyanyi Justin Bieber mungkin lebih sensasi di dada akhbar sekarang. Bukan apa, ramai yang ingin tahu perkembangan majlis perkahwinannya yang dikhabarkan tak lama lagi.

Dalam pada itu, Selena Gomez pula dilaporkan mengambil keputusan untuk tidak menetap di Los Angeles lagi. 

Bintang terkenal berusia 25 tahun ini dilaporkan berpindah ke Orange County iaitu sebuah luar daerah dari bandar Los Angeles.

Menurut laporan Elle, Selena berasa lega selepas berpindah dari Los Angeles.

“ Pada usia ini, saya mahu menjalani kehidupan lebih sederhana,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi itu dilaporkan sudah menjual sebuah rumah mewah di Calabasas dengan nilai RM13 juta.

Manakala dia juga menawarkan dua buah rumah bernilai RM11 hingga RM13 juta yang terletak di Texas.

SGMS Faida