Reen Rahim Kesal Fezrul Khan Tak Mengaku Cekik Melampau, Ditolak Berlakon Bersama – “Dia Tak Mengaku Dan Beritahu…”

Pelakon Reen Rahim didakwa dicekik oleh Fezrul Khan ketika menjalani penggambaran sebuah filem dan telah menghubungi aktor tersebut untuk mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, Reen atau nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim kesal dengan respon Fezrul yang tidak mengakui kesilapan dan menganggap insiden itu sebahagian proses rakaman.

“Saya ada personal text dia, saya bagi video tu. Saya cakap dekat dia, ‘Saya bukan nak kurang ajar tapi awak tengok sendiri, Reen memang dah nak lost (situasi dicekik)’.

“Tapi dia tak mengaku dan dia beritahu benda tu tak sakit dan tak real. Saya sebenarnya dengan harapan bila saya mulakan perbualan itu adalah feedback positif sebab dia tak nampak dekat sini.

“Ingatkan bila berdepan dengan dia, saya nak minta maaf. Tapi dia jawab tak nak berlakon lagi dengan saya, so saya nak jawab apa? Saya kata okay saja,” jelasnya.

Namun, Reen memberitahu dia sentiasa bersikap profesional dan tidak akan menolak sekiranya perlu bekerjasama lagi dengan Fezrul.

“Saya sangat profesional dan tiada masalah untuk berlakon lagi dengan dia,” ujarnya.

Reen berkongsi perkara itu semasa ditemui di sidang media dan tayangan perdana filem Daddyku Gangster yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Semasa kejadian, Reen secara tidak sengaja meninggikan suara selepas kejadian babak dicekik Fezrul yang dianggap berlebihan sehingga berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Bila habis tu (babak dicekik) saya tertengking macam buat perangai dekat rumah gaduh dengan adik beradik tapi lepas saya dah tenang nak masuk balik (set penggambaran), sebenarnya saya nak minta maaf tetapi saya dengar dia menjerit,” kongsinya.

Maya Basir