“Relaks Je Pok Ya Cong Codei Naik Bas” – Netizen Teruja Lihat Sabri Yunus Beli Tiket

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @_nbla.abuzai25 berkongsi video saat dia bertemu dengan pelakon dan pengarah berbakat, Sabri Yunus di sebuah kaunter menjual tiket bas.

Video yang berdurasi 11 saat itu menunjukkan Sabri Yunus atau gelaran popularnya Pok Ya Cong Codei baru sahaja selesai membeli tiket bas.

Sabri yang berusia 60 tahun kelihatan tersenyum ketika melambai kearah pengguna TikTok tersebut.

“Cepat habis musim stress, tiba-tiba rasa nak repeat balik cerita Pok Ya Cong Codei ni,” tulis pengguna itu di ruangan kapsyen.

Melihat komen-komen yang ditulis oleh warganet kebanyakkannya kagum dengan sifat rendah diri Sabri yang dikatakan tidak kisah menaiki bas walaupun terkenal.

Mula dikenali ramai menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri juga aktif sebagai pengarah dan penerbit.

Perkongsian itu telah mendapat 100,200 tontonan dan 5,391 tanda suka setakat ini di TikTok.

Arfah