Remy Ishak Susut Demi ‘Pulang’

Membawakan watak Othman dalam filem Pulang, pelakon Remy Ishak perlu mempamerkan karakter ‘jantan’ memandangkan watak yang dibawakan adalah seorang kelasi kapal yang mengembara ke seluruh dunia.

Lumrah bagi seorang lelaki yang mahu memberikan terbaik kepada keluarganya apabila berumah tangga, watak Othman memaparkan sifat sisi lelaki sejati.

” Othman seorang nelayan. Jadi bagi memenuhi agar watak itu nampak real (nelayan)saya perlu menurunkan berat badan.

” Namun, berat saya tidak turun terlalu banyak, lebih kurang 7 kilogram saja, ” katanya.

Tambah Remy, dia sepatutnya menurunkan lebih banyak berat badan namun dek kekangan masa, misi itu tidak kesampaian.

” Itupun berat saya turun sebab bekerja keras ketika jalani penggambaran filem itu,” katanya.

Selain Remy, filem Pulang membariskan pelakon hebat seperti Puteri Aishah, Fatimah Abu Bakar, Azrel Ismail, Erwin Darson, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Filem berskala besar terbitan Primeworks Studios ini mengeluarkan bajet sebanyak RM 6 juta.

Pulang yang diangkat daripada kisah benar mengenai kehidupan seorang kelasi bernama Othman yang berlayar ke serata dunia. Filem ini dijangka bertemu penonton bermula 26 Julai depan.

SGMS Faida