Resepsi Penuh Gemilang, Priyanka Chopra Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’?

Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra yang baru melangsungkan perkahwinan semalam dikritik hebat oleh netizen di India.

Ini kerana, bintang Bollywood itu diraikan dalam majlis gemilang dipenuhi dengan bunga api di perkarangan Istana Umaid Bhavan, Jodhpur.

Priyanka sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan agar orang ramai mengurangkan bermain bunga api sempena sambutan Diwali.

“ Kurangkan penggunaan bunga api ketika perayaan supaya anda semua dan pesakit asma seperti saya, dan haiwan boleh menikmati perayaan ini juga,” ujar isteri kepada Nick Jonas ini.

Rata-rata netizen di India menyindir Priyanka dan menganggap bintang itu seolah-olah ‘cakap tak serupa bikin’.

Susulan majlis yang diadakan dalam adat Kristian semalam, majlis resepsi mereka akan diteruskan hari ini mengikut adat tradisional Hindu pula.

SGMS Faida