Categories: LIFESTYLE

Motivasi Turunkan Berat Badan, ‘Ambil Gambar’ Sekerapnya

Siapa yang tak nak ada ‘body’ cantik dan kurus? Impian semua wanita yang ada di luar sana bukan ?

Yang menjadi pelik apabila membaca perkongsian Zulaikha Fallen di Facebook. Katanya untuk turun berat badan boleh guna motivasi cara ini. Ambil gambar sekerap yang boleh 

Kenapa perlu ambil gambar sekerap yang boleh untuk lihat kemajuan diri sendiri

“Selain dari tengok penurunan mesin penimbang / ukur lilit badan, lebih jelas lagi kalau kita tengok perbandingan gambar.”

“Silap saya dulu, saya jarang ambil gambar atau bergambar. Semua itu atas sebab low esteem. Jadi rasa rugi pula saya tak banyak gambar progress dari satu tahap ke satu tahap.”

Akuinya, ketika dirinya rasa nak give up, dia akan tenung semula gambar-gambar yang ada. Motivasi mula disuntik “Dah usaha, takkan nak separuh jalan.”

Satu lagi, gambar itulah motivasi untuk diri.

“Takkan lah aku nak biar diri tak terurus gini selamanya.”
“Takkan ini je aku boleh capai”
“Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?”
“Mungkin aku yang banyak beralasan?”

Cabar Diri, Buka Potensi Diri
Cekal betul Zulaikha. Bukan mudah untuk mendapat berat badan seperti sekarang ini. Tapi dia selalu ingatkan diri.

“Ingat, diri sendiri yang limitkan potensi tu. Jangan senang-senang nak tuding jari ke orang lain.”

“Awak, cukup-cukup beralasan. Cukup-cukup mengeluh acah menyedap diri.”

Zulaikha juga tak menjadikan pujian untuk membuatkan dirinya lupa diri.

“Jangan sampai kita kembali ke comfort zone atau zon selesa.”

Alasan-alasan Yang Biasa Kita Guna

Antara alasan yang menjadikan kita tidak konsisten untuk turun berat badan adalah seperti mak masak sedap, busy study / kerja, ala dah ada anak ramai susah , musim kenduri ni rugi tak pergi makan dan alasan paling WIN – saya suka makan.

Banyak lagi alasan-alasan menyalahkan individu lain. Padahal dengan apa situasi sekali pun, cara pemilihan pemakanan, kuantiti pemakanan kita tetap boleh kawal. Still, kita masih nak salahkan situasi luar dan orang lain.

 

Perjalanan yang mengubah diri sendiri kepada lebih positif. Ramai Yang Cakap “Kurus tapi berlagak! Kerek!”

Awak.. itu sikap. Bukan sejenis formula yang (kurus = berlagak), (gemuk = friendly).

. My dear, it takes time. Believe in yourself. Love yourself. You are worth it

Sejarah Berat Zulaikha

Starting weight : 103kg, Current weight: 44-46kg (maintain), Aim muscle weight: 48-50kg, Height : 152cm, Duration : 1 year, 2 months

 

Sumber/Foto : Facebook Zulaikha Falleh

SGMS Enal