Categories: Eat TravelFeatured

Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak Dengan Mencuba Resipi Pizza Gebu Ini

Pastinya musim cuti persekolahan ini, para ibu bapa mengambil kesempatan untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Selain membawa anak-anak holiday, anda juga boleh menghabiskan masa bersama anak-anak di dapur. 

Masa inilah nak latih anak berjinak-jinak dalam dunia masakan. Tapi, anda kena pandai memilih menu yang sesuai untuk menarik minat serta menguji tahap kreativiti mereka. Antaranya, resipi membuat pizza.

Penulis memilih resipi ini kerana merasakan pizza antara makanan yang paling digemari bukan sahaja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga turut meminatinya. Membuat pizza juga dapat menguji kreativiti anak-anak untuk ‘menghias’ topping pizza mengikut apa yang mereka suka. 

Jadi, jom kita lihat video cara membuat pizza yang sangat gebu dan sedap! Anda boleh saja tambah apa-apa jenis topping yang anak-anak suka okay!

Bahan-bahan yang diperlukan

160ml susu segar suam

2 sudu besar gula

11 gram yis

300 gram tepung roti

11 gram garam

2 sudu besar mentega

1/2 sudu besar bread improver

1 biji telur

Bahan-bahan topping

Cheese stick

Sosej

Isi ketam

Udang 

Sotong

Sayur campur

Mayonis

Sos cili

Mozarella cheese

Cara membuatnya

1. Campurkan susu segar suam bersama gula dan yis di dalam cawan. Kacau dan biarkan sehingga kembang.

2. Sementara itu, putar tepung roti, mentega, garam dan bread improver menggunakan mixer.

3. Kemudian, campurkan yis tadi dan telur. Putar lagi sehingga adunan rata menjadi doh. Tutup doh dan biarkan selama 30 minit.

4. Apabila doh dah kembang, uli doh menjadi nipis dan masukkan ke dalam loyang pizza.

5. Balut cheese stick di bahagian keliling roti pizza. (Rujuk video)

6. Taburkan semua bahan-bahan topping. (Rujuk video)

7. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celcius.

8. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: Seminit Resepi

tex_admin