Rezeki Dapat Anak Ke-9, Harry Khalifah Tak Pernah Malu Ada Anak Ramai – “Mereka Ni Akan Angkat Jenazah Saya Nanti”

Rezeki memiliki cahaya mata di usia 43 tahun adalah sesuatu yang istimewa bagi penyanyi dan komposer, Harry Khalifah apabila isterinya Noormala selamat melahirkan bayi lelaki yang ke-9 secara normal baru-baru ini.

Menurutnya, dia tidak pernah menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak lagi kerana anak-anak ini bolen memudahkan urusan bila sudah tua kelak.

Bahkan dia juga mengakui tidak kisah sekiranya ada pihak yang memandang serong terhadapnya dek kerana mempunyai anak ramai.

“Andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini.

“Dan, biarlah orang nak kata apapun kerana saya tidak pernah malu memiliki anak ramai.

“Bagi saya, anak ramai ni akan  memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka juga yang akan mengangkat jenazah saya apabila saya sudah tiada nanti,” katanya.

Untuk rekod, Harry Khalifah atau lebih mesra dengan panggilan Apak bersama isterinya, Noormala mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2004 dan dikurniakan dua orang anak perempuan dan enam orang anak lelaki termasuk penyanyi remaja iaitu Chombi yang popular dengan lagu Sayunk I Love You.

 

 

Sumber: Pa&Ma, mStar

Salma Syahbuddin