Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 10, 2024 @ 2:00pm

Riena Diana Temui Bahagia Bersama Keith Foo – “Hubungan Kami Berputik Tanpa Sengaja”

Pelakon Riena Diana mengakui dia dan aktor Keith Foo sedang menjalin hubungan istimewa sejak mereka terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu untuk siaran TV3.

Menurut laporan Harian Metro, Riena berkata dia kini menemui kebahagiaan bersama pelakon drama hits, Ariana Rose itu malah memohon semua mendoakan.

“Ya. Saya sudah temui kebahagiaan saya sekarang.

“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.

Kongsi Riena lagi, dia juga sudah bertemu dengan anak dan keluarga Keith Foo sendiri namun masih lagi berkenalan.

“Saya tahu mengenai statusnya  (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.

“Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya. Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.

“Saya enggan terlalu memikirkan soal perhubungan ini,  sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Sementara itu, Keith Foo pula mengakui dia dan Riena sangat serasi bersama dan Riena menepati ciri-ciri wanita idamannya.

“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini.

“Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini.

“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan.  Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula.

“Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berlaku dalam hidup saya lagi, tapi ia berlaku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

Untuk rekod, Keith Foo pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada hujung 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jul 2025

Bakal Gegar Mega Star Arena 29 November Ini, DiA Misha Omar Jadi Riwayat Cinta Peminat

Konsert DiA Misha Omar bakal gegar Mega Star Arena 29 November Ini

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Bukan Sorok Cuma…

Filem lakonan Reen, KL Vampire bakal menjengah pawagam bermula esok (14 November). 

Trending Thu, 5 Nov 2020
Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

PERGI BERAMBUS! – UMIE AIDA

Beliau hanya mahu berkongsi pengalamannya mempunyai pembantu rumah yang bersikap kurang ajar terhadap keluarganya

Featured Fri, 24 Oct 2025

“Kita Bukan Terpaling Bahagia Pun, Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang”- Isteri Aliff Syukri

Kata Shahida, orang ramai di luar sana tidak perlu sibuk dan terlalu menjaga tepi kain orang lain terutamanya berkaitan hal rumah tangga.

error: Content is protected !!